SMIYT KTRG SBT , 8 September : Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu , Yang Berbahagia Supritenden Tuan Nik Mat Zin bin Nik Omar hari ini sudi merasmikan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) , Majlis Pengawas Asrama ( MPA ) dan Majlis Pengawas Sekolah di Dewan Asyatibi.
Turut hadir ialah Pegawai Polis Perhubungan Sekolah , Yang Berbahagia Inspektor Mohd Zainuddin bin Abd. Ghani.
Ketibaan Timbalan Ketua Polis telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Semua Penolong Kanan , Ketua-ketua Jabatan serta guru.
Majlis ini dimulai dengan ucapan Penolong Kanan , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang secara rasminya membubarkan Badan Kepimpinan Pelajar sesis 2014 / 2015 dan seterusnya mengumumkan perlantikan Kempimpinan Pelajar bagi sesi 2015 / 2016 disusuli dengan ucapan mantan Presiden MPP , Saudara Ahmad Azizi bin Aziz dan Presiden MPP yang baru dilantik , saudara Ahmad Noor Hafifi bin Shahbudin.
Seterusnya Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memberi ucapan aluan-aluan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu , Yang Berbahagia Supritenden Tuan Nik Mat Zin bin Nik Omar.








Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
SMIYT KTRG SBT , 9 Julai :


SMIYT KTRG SBT , 16 Mei :



Pada14 – 18 Mac yang lalu, rombongan Al Fateh bersama guru pengiring yang diketuai oleh Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Puan Pengetua ke Kemboja dalam misi bantuan kemanusiaan. Khidmat bakti Al fateh ini bertujuan sebagai kesinambungan program komuniti dengan melangkah lebih jauh dalam mencurah bakti dan menjalin persaudaraan dengan komuniti di Kemboja.

