Category: Hal Ehwal Murid

Temuduga Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Ambilan Tahun 2016

Slide14SMIYT KTRG SBT, 2 Disember : Seramai 486 pelajar hari ini telah mengikuti proses temuduga bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 ambilan 2016.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu menjadi pusat temuduga yang melibatkan SM Imtiaz Kuala Berang dan juga SM Imtiaz Kuala Nerus. Proses temuduga ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1245 tengahari.

Sebelum itu, Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman telah menyampaikan sedikit ucapan aluan sebagai tuan rumah kepada semua ibubapa yang hadir sebelum ucapan taklimat khas oleh Pegawai Yayasan Terengganu iaitu Encik Wan Azman bin Wan Abdullah, Penolong Pengarah Quranik, Bahagian Pengurusan Imtiaz serta ucapan khas oleh Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz , Yayasan Terengganu.

Pihak Sekolah selaku tuan rumah pusat temuduga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pengetua serta guru dan staff dari SM Imtiaz Kuala Berang dan juga SM Imtiaz Kuala Nerus yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan proses temuduga pada kali ini.

Slide21Slide34Slide41Slide51Slide65

Sesi Temuduga Pengambilan pelajar Tingkatn 1 Ambilan 2016 – VIDEO

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Gotong Royong Di Masjid Al Hidayah

Slide22BANGGOL MEMPELAM , 2 Oktober : Badan Dakwah dan Kerohanian sekolah ( BADAR ) bersama Majlis Perwakilan Pelajar , Majlis Pengawas Asrama dan pelajar -pelajar asrama telah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat kampung di daerah Banggol Mempelam. Program membersihkan kawasan Masjid Al Hidayah di Kampung Banggol Mempelam ini telah disambut oleh Pengerusi Masjid , Tuan Haji Nordin bersama setiausaha dan beberapa orang ahli Jawatan Kuasa Masjid.

Program gotong royong ini di bawah pengawasan unit Kokurikulum , Ustaz Md Nor bin Yahya. Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM serta waden asrama.

Semoga aktiviti seperti ini akan berterusan dan menjadi aktiviti tahunan sekolah.

Slide29Slide8Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Timbalan Ketua Polis Daerah K.Trg Rasmi MPP , MPA dan MPS Sesi 2015 / 2016

Slide28SMIYT KTRG SBT , 8 September : Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu , Yang Berbahagia Supritenden Tuan Nik Mat Zin bin Nik Omar hari ini sudi merasmikan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) , Majlis Pengawas Asrama ( MPA ) dan Majlis Pengawas Sekolah di Dewan Asyatibi.

Turut hadir ialah Pegawai Polis Perhubungan Sekolah , Yang Berbahagia Inspektor Mohd Zainuddin bin Abd. Ghani.

Ketibaan Timbalan Ketua Polis telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Semua Penolong Kanan , Ketua-ketua Jabatan serta guru.

Majlis ini dimulai dengan ucapan Penolong Kanan , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang secara rasminya membubarkan Badan Kepimpinan Pelajar sesis 2014 / 2015 dan seterusnya mengumumkan perlantikan Kempimpinan Pelajar bagi sesi 2015 / 2016 disusuli dengan ucapan mantan Presiden MPP , Saudara Ahmad Azizi bin Aziz dan Presiden MPP yang baru dilantik , saudara Ahmad Noor Hafifi bin Shahbudin.

Seterusnya Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memberi ucapan aluan-aluan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu , Yang Berbahagia Supritenden Tuan Nik Mat Zin bin Nik Omar.

Slide1Slide4Slide5Slide39Slide64Slide87Slide89Slide77

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Bakti Al Fateh Di Bulan Ramadhan

Slide20SMIYT KTRG SBT , 9 Julai : Hari Raya Aidil Fitri akan muncul beberapa hari lagi. Pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk sama-sama membantu keluarga yang miskin dan memberi sumbangan kepada mereka. Hari ini sebanyak 10 sekeluarga di sekitar kampung yang berhampiran menjadi pilihan pihak sekolah. Ada antara mereka yang pernah berkhidmat di sekolah ini yang memerlukan bantuan sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan.

Semoga usaha ini akan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. serta sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan. Amiiin!!!

Slide22Slide9Slide17

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI