Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Mazulina binti Saad, guru dari SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, atas kejayaan menerima ...
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Mazulina binti Saad, guru dari SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, atas kejayaan menerima pengiktirafan Ikon GPM Terbaik Sekolah Menengah daripada Anugerah Pusat Sumber.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan usaha berterusan beliau dalam memperkasa pengurusan Pusat Sumber Sekolah serta membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga sekolah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus berinovasi, melakar kecemerlangan dan memperkasakan ekosistem pendidikan negara.
Syabas dan tahniah! Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi!
Pembelajaran sains bukan sekadar teori di dalam bilik darjah, malah dapat diteroka melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan mencabar minda!
Sempena aktiviti pasca UASA, pelajar Tingkatan 2 akan menyertai STEM Challenge yang menggabungkan dua cabaran menarik, iaitu:
1. Balloon Car Race Pelajar diberi misi untuk mereka bentuk dan membina kereta belon yang bergerak menggunakan tenaga udara daripada belon. Cabaran ini menguji pemahaman murid tentang daya, gerakan dan tenaga.
2. STEM Tower Challenge Murid perlu membina menara yang paling tinggi, kukuh dan mampu menampung beban. Aktiviti ini menguji kreativiti serta pemahaman tentang kestabilan struktur, pusat graviti, daya dan keseimbangan.
Melalui cabaran ini, pelajar berpeluang mengaplikasikan pengetahuan sains secara praktikal, mengasah kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan kreativiti serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
Belajar sambil mencipta, mencuba dan berinovasi!
Ayuh, jadikan STEM sebagai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna!
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu atas penganjuran Majlis Perasmian SEM & Innovation Research Centre (SIRC) yang berlangsung pada 1 November 2026.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu 2026.
Penubuhan pusat ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga sekolah. Usaha ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan idea baharu serta pembangunan potensi murid ke arah kecemerlangan pendidikan.
Semoga penubuhan SIRC terus membuka ruang kepada penerokaan ilmu, penyelidikan dan inovasi yang mampu memberi manfaat kepada seluruh warga pendidikan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Koperasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu Berhad atas kejayaan meraih dua pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2026 yang berlangsung pada 31 Oktober 2026 bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Dalam majlis berprestij tersebut, Koperasi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Terbaik 2026 Peringkat Negeri Terengganu.
Selain itu, koperasi sekolah turut menerima Anugerah Khas Video Kreatif: Laporan Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) Terbaik 2026 Peringkat Kebangsaan sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan dokumentasi serta penyampaian aktiviti koperasi sekolah.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kesungguhan dan kerjasama erat seluruh warga sekolah, khususnya barisan pengurusan koperasi, guru-guru serta Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dalam memastikan pengurusan koperasi terus berkembang maju dan mencapai kecemerlangan.
Pengiktirafan yang diterima ini membuktikan bahawa koperasi sekolah bukan sekadar platform keusahawanan, malah berperanan sebagai medium pembelajaran yang mampu membentuk kreativiti, kepimpinan, tanggungjawab dan kemahiran murid.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea dalam merealisasikan kejayaan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasakan koperasi sekolah serta mengharumkan nama SM Imtiaz YT Kuala Terengganu di persada pendidikan negara.
Pihak MPIBG sekolah mengalu-alukan sumbangan infaq daripada semua dermawan dan kaum muslimin muslimat khasnya para alumni SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun yang tertera.
Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.
Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.
Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
โMelahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.โ
Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
×
SEJARAH IMTIAZ
Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.
Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Datoโ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.
Bangunan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).
Penubuhan KOSPINT
Pintu masuk Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).
Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 Jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan.
Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.
Perasmian rasmi KOSPINT oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian
Bas Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.
Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.
Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.
Perkembangan dan Pengiktirafan
Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Datoโ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.
×
Visi & Misi
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
VISI
Melahirkan Generasi Ulul Albab
MISI
Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untukย Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)
MOTTO
" Soleh Pintar "
TAGLINE
imtiaz The Best School In The World
×
Piagam Pelanggan
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati
dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:
01 โ MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA
Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri
dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
02 โ MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI
Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang
profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang
berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu,
bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.
03 โ MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF
Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran
sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.
04 โ MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH
Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar
dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras
kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
05 โ MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN
Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan
berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.
06 โ MEMBINA JARINGAN STRATEGIK
Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan
dan agensi serta komuniti sekitar.
07 โ MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI
Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan
ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti
dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.
08 โ PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA
Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan
yang berurusan dengan sekolah.