Category: Hal Ehwal Murid

Program Perdana Ehwal Islam & Malam Simfoni Samudera

šŸ—“ļø 25 Jun 2026
šŸ“ Masjid, Universiti Malaysia Terengganu

Objektif utama adalah bagi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar di samping melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan berdaya saing.

Majlis Dialog Prestasi MPP2 SPM Tahun 2026

Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru, ibu bapa dan pelajar di samping meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Bengkel Pemerkasaan PLC Ketua Panitia 2026

SesiĀ Bengkel Pemerkasaan Professional Learning Community (PLC)Ā bagi Ketua Panitia tahun 2026 bertujuan untuk memantapkan peranan ketua panitia sebagai peneraju instruksional di sekolah. Bengkel ini bukan sekadar ruang perbincangan, tetapi medan memperteguh komitmen dan iltizam guru dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, berilmu dan berakhlak. Semoga setiap ilmu yang dikongsi menjadi benih kebaikan yang terus subur, demi kecemerlangan pendidikan pada masa hadapan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Santunan Kasih Mahabbah Murid Asnaf dan Yatim Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026

Pihak Yayasan Terengganu telah menganjurkan majlis ini di Camellia Ballroom, Hotel Paya Bunga yang mana majlis ini dihadiri oleh 200 orang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dari seluruh daerah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu.

Inisiatif murni ini berjaya menyantuni seramai 362 orang pelajar secara keseluruhan, sekaligus membuktikan komitmen jitu dalam menjaga kebajikan anak-anak ini di bulan yang mulia. Semoga usaha di penghujung Ramadan ini memberikan sinar kegembiraan buat mereka, sekali gus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi teknokrat yang bertaqwa dan hebat pada masa hadapan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.