
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu terus melakar kejayaan membanggakan di persada antarabangsa menerusi penyertaan dalam ASEAN Olympiad Championship & Sustainable Tourism Workshop 2026.
Penyertaan ini membuktikan keupayaan dan kecemerlangan pelajar IKT dalam mengharumkan nama sekolah melalui pencapaian yang membanggakan di peringkat ASEAN.
Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga sekolah, malah membuktikan bahawa pelajar IKT mampu menyerlah dalam pelbagai bidang, merangkumi penguasaan Al-Quran, kemahiran bahasa serta kecemerlangan akademik.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada para guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan