
Majlis Amanat Pengarah kepada calon SPM dan STPM Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut pada 15 Oktober 2026.
Amanat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu.
Dalam amanat tersebut, para calon diseru agar terus berusaha, mengekalkan disiplin, mengurus masa dengan baik serta menjaga kesihatan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Mereka turut diingatkan supaya sentiasa yakin, tidak mudah berputus asa serta mengharapkan doa dan restu ibu bapa serta guru.
Kit persediaan peperiksaan turut diagihkan sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat kepada para calon.
Semoga semua calon SPM dan STPM 2026 dikurniakan ketenangan, dipermudahkan urusan dan mencapai kejayaan yang cemerlang.
Selamat maju jaya kepada semua calon!