
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu terus melakar kejayaan apabila menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam aspek pengurusan dan pembangunan sekolah.
Pengiktirafan tersebut telah disampaikan bersempena Mesyuarat Pengurusan Sekolah PPD Kuala Terengganu Bersama-sama Pengetua dan Guru Besar Daerah Kuala Terengganu Kali Ke-2 Tahun 2026 yang berlangsung pada 25 November 2026 (Rabu), bertempat di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu.
Dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah menerima pengiktirafan bagi tiga kategori berikut:
- Anugerah Kehadiran Murid Terbaik 2026 (Melepasi KPI) โ Sekolah Menengah
- Anugerah Sekolah Cemerlang Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2026 โ Sekolah Menengah
- Anugerah Penarafan Sekolah 2025
Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan terhadap komitmen, usaha gigih dan kerjasama seluruh warga sekolah dalam memastikan pengurusan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik, khususnya dalam aspek kehadiran pelajar, pengurusan Hal Ehwal Murid serta kualiti dan penarafan sekolah.
Kejayaan ini juga mencerminkan kesungguhan pihak pengurusan sekolah, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, para pelajar serta sokongan ibu bapa dalam membudayakan kecemerlangan secara berterusan.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu!
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah lebih jauh, memperkukuh kecemerlangan dan merealisasikan aspirasi pendidikan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.