
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah mengadakan Dialog Prestasi Hafazan dan UASA Tingkatan 1, 2 dan 3 serta PAT Tingkatan 4 Tahun 2026 bertempat di Surau Tok Ku Pulau Manis, Institut Kemahiran Tinggi (IKT).
Program yang bermula pada jam 11.30 pagi ini melibatkan sesi dialog prestasi bagi meneliti pencapaian murid dalam aspek hafazan al-Quran serta prestasi akademik berdasarkan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 serta Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) bagi pelajar Tingkatan 4.
Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3, sesi dialog turut dilaksanakan di Balai Quran Banin, manakala pelak Tingkatan 4 mengikuti sesi di Balai Quran Banat.
Penganjuran program ini merupakan satu usaha penting dalam menilai tahap pencapaian pelajar secara menyeluruh, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta merancang tindakan susulan yang bersesuaian bagi meningkatkan kecemerlangan hafazan dan akademik.
Melalui dialog prestasi ini, diharapkan segala perancangan dan usaha penambahbaikan dapat dilaksanakan secara lebih terarah dan berkesan demi memastikan setiap pelajar terus mencapai potensi terbaik dalam bidang akademik dan al-Quran.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan al-Quran, malah turut unggul dalam pencapaian akademik serta sahsiah diri.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.