Slide8SMIYT KTRG SBT , 3 januari : Satu taklimat khas sempena menyambut kehadiran pelajar ke asrama untuk sesi 2016 telah diadakan malam tadi.

Program ini dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani selaku Penolong Kanan HEM dan semua waden aspura dan aspuri.

Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penyelia Asrama , Encik Hanafi bin Mamat dan disusuli oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan selaku PK HEM.

Dalam taklimat tersebut , beliau mengucapkan selamat kembali ke asrama bagi menghadapi sesi pembelajaran 2016. Beliau juga berharap pada tahun baru ini, semua pelajar asrama akan membuka era baru dengan penuh bersemangat dan jangan lupa mengamalkan gaya hidup Islam dengan lebih cenmerlang lagi. Beliau juga memaklumkan bahawa Aspirasi BCKS2IM akan dilkasanakan sepenuhnya pada tahun ini.

Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1