
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Nawwarul Iman binti Nuqman Naqiuddin, anak Solehah Pintar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, atas kejayaan meraih Johan Kategori Hafazan Remaja dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Pantai Timur 2026/1448H yang berlangsung pada 22 September 2026 (Selasa) bertempat di PETRONAS East Coast Complex, Kerteh, Terengganu.
Kejayaan ini merupakan hasil kesungguhan, komitmen dan kecintaan terhadap Al-Quran yang dipupuk melalui bimbingan berterusan para guru serta sokongan keluarga.
Dengan kejayaan ini, beliau akan mewakili PETRONAS Wilayah Pantai Timur ke Majlis Tilawah Al-Quran PETRONAS Peringkat Kebangsaan bagi kategori Hafazan Remaja yang akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Cemerlang, Penolong Kanan Ulul Albab, Ketua Jabatan, pihak pengurusan iKT, guru-guru pembimbing serta ibu bapa atas segala doa, sokongan, bimbingan dan kerjasama dalam melahirkan generasi Soleh Pintar, Quranik dan berprestasi tinggi.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga iKT untuk terus mencintai dan memartabatkan Al-Quran.