
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menjadi tuan rumah Kem Algebra Unlocked Matematik Tingkatan 3 PPD Kuala Terengganu 2026 yang melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 3 daripada 14 buah sekolah di daerah Kuala Terengganu.
Program ini dianjurkan bagi memperkukuh pemahaman murid terhadap konsep Algebra, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta membina keyakinan dalam menghadapi soalan Matematik.
Pelbagai aktiviti pembelajaran berfokus telah dilaksanakan bagi membantu murid menguasai kemahiran asas dan lanjutan Algebra secara lebih kreatif, interaktif dan berkesan.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan pencapaian Matematik serta melahirkan murid yang lebih berdaya saing, yakin dan bersedia menghadapi cabaran akademik masa hadapan.