Category: Hal Ehwal Murid

Lawatan Penanda Aras SM Sains Tengku Abdullah , Raub Pahang

Slide13SMIYT KTRG SBT , 3 Ogos : Baru -baru ini pihak Pengurusan sekolah telah menerima kunjungan daripada SM Sains Tengku Abdullah , Raub Pahang yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesuai dengan sekolah yang Berprestasi Tinggi. Semoga kehadiran mereka akan menambhkan perkongsian pendapat serta buah fikiran bagi memajukan sekolah masing-masing.

 

KPP Sektor Pendidikan Islam JPNT Berbuka Puasa Bersama Penghuni Asrama

Slide11SMIYT KTRG SBT , 28 Jun: Hari yang sungguh bermakna pada petang ini apabila Encik Zakaria bin Jusoh , KPP Sektor Pendidikan Islam JPNT meluangkan masa untuk sama-sama berbuka puasa bersama Pengurusan sekolah, Warden dan penghuni Asrama. Terdahulu dari itu beliau telah sudi menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar yang dikategorikan yatim dan miskin di Dewan Asyatibi.

Tuan pengetua dan semua warden mengiringi beliau ke Dewan Aspuri untuk majlis berbuka puasa.

 

Slide12Slide17Slide15Slide14Slide13Slide12Slide10Slide9Slide8Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

Muat turun gambar DI SINI

Lawatan Penandaarasan Sekolah Kebangsaan Tapu , Hulu Terengganu

Slide1SMIYT KTRG SBT, 31 Mac : Seramai 28 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 6 dan 4 orang guru SK Tapu Daerah Hulu Terengganu telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Rombongan ini disambut oleh Pengetua sekolah , Encik Mohd Yusoff bin Othman , Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum, Kaunselor serta beberapa orang guru.

Ianya bertujuan untuk melihat perkembangan sekolah ini samada hafazan dan juga pembangunan sekolah.

Slide5Slide11Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Penandaarasan SMA Kampung Laut Kuala Terengganu

Slide2SMIYT KTRG SBT, 23 Mac : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Agama Kampung Laut Kuala Terengganu.

Rombongan ini disambut oleh  Ketua Jabatan  yang diketuai oleh Ustaz Ridzuan bin Aziz serta beberapa orang guru .

Ianya bertujuan bagi melihat sendiri kaedah penghafalan Al Quran serta meninjau suasana di asrama dan juga juga pengajaran dan pembelajaran di Sekolah.

Rombongan ini kemudian dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan sekolah.

Slide5Slide19Slide25Slide76Slide86

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI