223031488_304047_3024217191460692723SMIYT KTRG SBT , 5 Fabruari : Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan displin dan salahlaku murid.

Penglibatan pihak Polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap diantara pihak Sekolah dan PPS. Selain dari itu ianya dapat membantu mencegah salahlaku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral samada di dalam atau di luar sekolah.

Disamping itu juga membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang diarahkan dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP ( BPSH-SPDK ) 201/005/01/Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

 

223021244_301171_13470485068814554320223022485_302733_2896938692059031203223023819_302202_10398002020221009355223024217_303740_3804171745856369412223031108_309463_4038678559356892302223031488_304047_3024217191460692723223033088_305793_17344591749953272931223033180_307111_15364160868768504917