948928bd-f097-43c3-b8fb-787653b79e38

SMIYT KTRG SBT , 31 Januari : Hari ini merupakan detik yang mengharukan apabila seramai 1 orang guru dan 3 orang kakitangan telah menerima arahan pertukaran untuk bertugas di tempat yang baru.

Ustaz Ruslan bin Ibrahim yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah ini telah menerima jawatan baru sebagai Pengetua di SM Imtiaz Yayaysan Terengganu kemaman yang akan bertugas secara rasmi pada 6 / 2 / 2017. Dala8bbf2e7a-eebf-4540-a4e3-f12eccbf1796m majlis ringkas bersama semua kakitangan , beliau merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama yang diberikan selama ini dan menganggap hubungan antara kakitangan dengan beliau sebagai adik beradik. Beliau yang mula bertugas di sekolah ini pada 1 / 2/ 2015 amat terharu dan sayu dalam majlis tersebut dan akan mengenang segala pengorbanan serta kerjasama yang erat antara beliau dan kakitangan.

 

 

 

Encik Mohd Idham bin Mazlan , seorang kakitangan yang berjawatan Pembantu Tadbir di sekolah ini juga akan bertugas di tempat baru iaitu di Pejabat Yayasan Terengganu Bahagian Pengurusan Imtiaz. Beliau yang mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2012 merupakan kakitangan
yang sentiasa menunaikan kewajipan sebagai penjawat awam yang dedikasi serta melaksanakan 6ec8d059-43ba-4f5b-b7c9-83f90edf9c37tugas dengan sempurna. Dalam ucapan ringkas beliau mengucapkan jutaan terima kasih serta memohon maaf sekiranya ada tersalah bahasa ketika berinteraksi dengan semua kakitangan.Beliau akan mula bertugas pada 1 / 2 / 2017.

 

 

 

Encik Mansor bin Abd. Latif , bertugas sebagai Pembantu Operasi di sekolah ini akan memulakan tugas di Madrasah Moden Kuala Berang pada 1 /2/ 2017. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 / 6/ 1997 selama 20 tahun merupakan
kakitangan yang sentiasa mematuhi arahan pengurusan sekolah. Beliau salah seorang kakitangan faf11839-cbfa-416c-a7e5-d44bfd12c0e2yang mula-mula berkhidmat di sekolah ini iaitu sejak sekolah ini dibuka. Beliau juga menganggap kakitangan di sekolah ini macam adik beradik kerana di sinilah beliau dapat mencari ketenangan serta keserasian bersama kakitangan yang mudah bergaul dan saling bantu membantu.Beliau juga memohon maaf sekiranya terkasar bahasa selama ini.

 

 

 

Cik Rafiah binti Musa , Bertugas sebagai Pembantu Operasi ( Makmal ) telah memulakan tugas di sekolah ini 5 / 2/ 2000 juga akan memulakan tugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Bahagian Pendidikan pada 5 / 2/ 2017. Dalam ucapan
ringkas beliau amat terharu di atas kerjasama yang diberikan serta banyak ilmu yang dapat bf1cac2c-8090-441e-9804-c35f65ac0131dikongsi ketika berada di sini. Beliau merupakan seorang jurulatih bolajaring Negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan dalam KESSUMA. Sentiasa komitmen dengan tugas yang diberikan serta mematuhi segala arahan yang diberi sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Segala gelak ketawa , kerjasama yang diberikan beliau tidak akan melupakan sampai bila-bila.