
88 Hari Menjelang SPM 2026
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana dan Temu Murni SPM 2026 sebagai salah satu usaha memperkukuh persediaan para calon dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.
Majlis dimulakan dengan Solat Hajat Perdana pada pukul 10.00 pagi sebagai wadah memohon keberkatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan buat para calon SPM. Program turut disusuli dengan Temu Murni yang menjadi ruang pertemuan antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa bagi berkongsi perkembangan serta membincangkan persediaan dan hala tuju akademik para pelajar.
Kerjasama erat antara sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar amat penting dalam memastikan setiap calon mendapat sokongan dan bimbingan yang sewajarnya menjelang detik peperiksaan.
Semoga segala usaha dan doa yang dipanjatkan menjadi asbab kepada kejayaan para calon serta membuahkan keputusan SPM 2026 yang cemerlang.
Selamat berjuang buat semua calon SPM 2026. Semoga dipermudahkan setiap langkah dan dikurniakan kejayaan. 🤲
