
Program ini merupakan satu inisiatif kolaboratif antara SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang dalam usaha memperkukuh penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Kimia.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pengukuhan konsep, pemantapan kefahaman serta peningkatan kemahiran pelajar dalam menguasai topik-topik Kimia. Melalui perkongsian ilmu dan bimbingan guru, pelajar diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri serta membuat persediaan yang lebih mantap bagi menghadapi peperiksaan.
Kerjasama antara sekolah ini turut menjadi platform untuk memperkasa budaya pembelajaran yang berkesan, berkongsi amalan terbaik dan menyemarakkan semangat kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.