
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Nawwarul Iman bt. Nuqman Naqiuddin Tingkatan 1 yang telah berjaya meraih JOHAN Kategori Hafazan Remaja dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat INSTEP 2026/1448H dan seterusnya akan mewakili INSTEP ke Peringkat Wilayan Pantai Timur pada September nanti.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, kesungguhan serta komitmen yang tinggi dalam memperkasa dan menghayati Al-Quran. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mendekati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan! Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi serta sentiasa berada di bawah naungan dan keberkatan Al-Quran.
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu berbangga dengan kejayaan anda.
