Tag: tilawah

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026


🗓️ 21-24 MEI 2026
📍 UNIVERSITI AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Murabbi IKT, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syahir Bin Yahaya di atas kejayaan mendapat tempat ke-3 dan yang telah memberikan persembahan terbaik dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M. Teruskan istiqamah dalam memartabatkan al-Quran sebagai panduan hidup. Semoga al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang menerangi hati dan membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Majlis Tilawah, Tausiyah, Hafazan Al-Quran & Azan TNB Peringkat Kebangsaan 2026/1447H

TAHNIAH & SYABAS kepada Anak Solehah Pintar IKT sebagai Finalis Hafazan:
  • MARYAM SOLEHAH BINTI MUADZAM AMIR
  • NUR LIYANA ZAHIRAH BINTI KHALID

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Nasyid Layak Ke Peringkat Daerah

Slide29SMIYT KTRG SBT , 29 Mac : Idul Ilmi & Festival Nasyid bagi PKG Durian Burung telah diadakan pada selasa yang lalu bertempat di Dewan Asyatibi. Sekolah ini telah menyertai semua acara iaitu Nasyid , Tilawah , Syarahan dan Hafazan.

Berikut adalah keputusan rasmi dan layak ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 7 April 2015 di SMK Ibrahim Fikri.

 

JOHAN : Nasyid

JOHAN : Tilawah Lelaki

JOHAN : Tilawah Perempuan

JOHAN : Hafazan Lelaki

JOHAN : Hafazan Perempuan

Slide45Slide23Slide39

Tahniah dan syabas

 

Amir Fahmi Naib Johan Hafazan Peringkat Negeri Terengganu 2013

Slide4SMK PENGKALAN BERANGAN : Pelajar Tingkatn 4, Mohd Amir Fami muncul naib johan hafazan kategori Sekolah Menengah dalam Majlis Tadarrus Al Quran dan Festival Nasyid yang diadakan di SMK pengkalan Berangan bermula 19hb dan berakhir 20 April 2013.

Sekolah ini telah menghantar 4 pasukan ke peringkat Negeri iaitu Tilawah lelaki, Hafazan lelaki, hafazan perempuan dan pasukan nasyid. Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan pasukan sekolah.

Hafazan lelaki – Naib Johan

Hafazan Perempuan – Ke 3

Tilawah – Saguhati

Nasyid – Saguhati ( saksikan persembahan nasyid ) – sila KLIK DI SINI

Slide2Slide3Slide1