
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Road to Excellence bagi semua pelajar Tingkatan 2 hari ini sebagai satu inisiatif dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, sahsiah dan potensi diri para pelajar.
Program ini memberi pendedahan serta panduan kepada pelajar dalam membina matlamat yang jelas, meningkatkan motivasi, memperkukuh strategi pembelajaran dan mengembangkan potensi diri ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.
Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar Tingkatan 2 untuk terus berusaha, berdisiplin dan berdaya saing dalam mengejar kecemerlangan secara holistik.
Semoga segala ilmu, panduan dan inspirasi yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam perjalanan menuju kejayaan.
