Tag: tilawah

Nasyid Layak Ke Peringkat Daerah

Slide29SMIYT KTRG SBT , 29 Mac : Idul Ilmi & Festival Nasyid bagi PKG Durian Burung telah diadakan pada selasa yang lalu bertempat di Dewan Asyatibi. Sekolah ini telah menyertai semua acara iaitu Nasyid , Tilawah , Syarahan dan Hafazan.

Berikut adalah keputusan rasmi dan layak ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 7 April 2015 di SMK Ibrahim Fikri.

 

JOHAN : Nasyid

JOHAN : Tilawah Lelaki

JOHAN : Tilawah Perempuan

JOHAN : Hafazan Lelaki

JOHAN : Hafazan Perempuan

Slide45Slide23Slide39

Tahniah dan syabas

 

Amir Fahmi Naib Johan Hafazan Peringkat Negeri Terengganu 2013

Slide4SMK PENGKALAN BERANGAN : Pelajar Tingkatn 4, Mohd Amir Fami muncul naib johan hafazan kategori Sekolah Menengah dalam Majlis Tadarrus Al Quran dan Festival Nasyid yang diadakan di SMK pengkalan Berangan bermula 19hb dan berakhir 20 April 2013.

Sekolah ini telah menghantar 4 pasukan ke peringkat Negeri iaitu Tilawah lelaki, Hafazan lelaki, hafazan perempuan dan pasukan nasyid. Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan pasukan sekolah.

Hafazan lelaki – Naib Johan

Hafazan Perempuan – Ke 3

Tilawah – Saguhati

Nasyid – Saguhati ( saksikan persembahan nasyid ) – sila KLIK DI SINI

Slide2Slide3Slide1

Hasif Johan Tilawah Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan

Slide46SMIYT KTRG SBT , 10 April : Sebanyak 6 peserta sekolah ini yang mewakili PKG Durian Burung telah berjaya melayakkan diri ke peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan dalam Majlis Tilawah dan Festival Nasyid yang telah di adakan di SMK Ibrahim Fikri pada 9 April yang lalu.

Dalam pertandingan tersebut peserta sekolah ini telah berjaya merangkul 4 Johan dan 2 Naib Johan dalam pelbagai kategori. Peserta yang berjaya akan mewakili KTS untuk peringkat Negeri Terengganu yang akan bertanding pada 19 April di SMK Pengkalan Berangan, Marang.

Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan sekolah ini sahaja.

 

JOHAN

1. Tilawah lelaki Kategori Sekolah Menengah

2. Hafazan Lelaki Kategori Sekolah Menengah

3. Hafazan Perempuan Kategori Sekolah Menengah

4. Nasyid Lelaki Kategori Sekolah Menengah

 

NAIB JOHAN

1. Syarahan Perempuan Kategori sekolah Menengah

2. Tilawah Perempuan Kategori Sekolah Menengah

 

Slide74Slide72Slide61

TAHNIAH DAN SYABAS.

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Mohd Hasif Wakili Terengganu, Nasyid Tewas

KEMAMAN, 21 Apr : Mohd Hasif bin Kamal pelajar tingkatan 1 telah berjaya merangkul Johan dalam acara Tilawah Sekolah Menengah  setelah menewaskan 7 peserta lain yang telah di adakan di SMK Chukai, Kemaman dan sekaligus dapat mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Kuantan Pahang pada bulan Mei nanti.Sementara itu Pasukan nasyid sekolah yang telah menyertai peringkat akhir Karnival Dakwah peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu tidak dapat mara ke peringkat kebangsaan apabila tewas kepada pasukan dari SM Bukit Sawa. namun begitu pasukan nasyid sekolah telah menunjukkan semangat sepasukan apabila mendendangkan 2 buah lagu nasyid  di karnival tersebut.

Tahniah dan syabas untuk pasukan nasyid dan tilawah sekolah.

Gambar selanjutnya

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.