Category: Hal Ehwal Murid

Forum Ambang Ramadhan 1432H

Forum ini telah di adakan pada 27 julai 2011 bertempat di dewan Assyatibi yang dianjurkan oleh unit surau, dakwah & kerohanian.

 

Menurut Puan Marina binti A. Rahman@Yusof, Penolong S/U unit surau, dakwah & kerohanian sekolah, pada tahun ini, pihak sekolah telah memberi peluang kepada pelajar mengendalikan forum ini yang terdiri dari adik Nur Amalina binti Ibrahim pelajar tingkatan 5 , adik Izzat Farhan pelajar tingkatan 2 , adik Mohd Hud Al Hashir pelajar tingkatan 5 serta adik Siti Nur Hazimah pelajar tingkatan 5 selaku pengerusi forum.

Di samping itu dapat memberi gambaran prgram-program yang diadakan oleh Unir Surau, Dakwah & Kerohanian. Antaranya ialah:

  1. Forum Di Ambang Ramadhan(kendalian dari pelajar )
  2. Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan
  3. Tadarrus Al Quran
  4. Tazkirah Ramadhan selepas Zohor
  5. Liqa’ Ilmiah Ramadhan
  6. Imam Solat Terawih
  7. Sambutan Nuzul Quran
  8. Qiamullail ( Badar )
  9. Ceramah Nuzul Quran
  10. Mencari Lailatul Qadar
  11. Program Tadarrus selepas Solat Terawih bersama Yayasan Pembangunan Keluarga
  12. Majlis Ifthor Jamaie dan di Ambang Aidil Fitri.

Kem Kecemerlangan Sahsiah Pelajar SPM 2011

Menurut Pengurus Projek SPM 2011, Puan Rosni binti Jaffar@Harun, program ini telah di adakan selama 3 hari iaitu bermulai 15 hingga 17 julai 2011 yang telah dianjurkan oleh unit HEM bersama Projek SPM 2011.

Pihak sekolah telah menjemput Qulhaq Consultant di bawah kendalian Cr. Muhamad Tajudin bin Mustafa bagi mengendalikan program tersebut.

Tujuan di adakan program ini adalah untuk memantapkan lagi sahsiah pelajar disamping mendedahkan kepada pelajar tentang strategi dan kaedah belajar yang efisyen dan praktikal.

Tambahnya lagi, program tersebut bertujuan membimbing pelajar mengatasi halangan-halangan utama dalam mengejar kejayaan.

Penolong Kanan HEM


ENCIK SOOHAIMY BIN EMBONG