Category: Hal Ehwal Murid

Lawatan Berinformasi Warden Ke Asrama SMK Bukit Sawa

slide3SMK BUKIT SAWA , 16 Oktober : Semua warden asrama imtiaz K.Trg hari ini telah mengadakan lawatan berinformasi ke Asrama SMK Bukit Sawa yang bertujuan untuk mendapatkan input daripada Asrama terbaik Peringkat Kebangsaan ini.

Rombongan warden ini diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan b Abd Ghani selaku Penolong Kanan HEM. Mereka telah di bawa melawat sekitar asrama dan juga dewan makan sambil bertukar-tukar pendapat dan pandangan.

Semoga dengan lawatan ini akan membuahkan hasil yang baik untuk dibawa ke Asrama imtiaz K.Trg dan memperbaiki serta mencipta sesuatu yang baru bagi keselesaan para penghuni asrama.

slide1slide1slide2slide3slide4slide1slide2slide3slide4slide1slide2slide3slide4

Program Jati Diri Pelajar Tingkatan 1 & 2

1b7ae5f5-4905-452d-b09e-a1089ef3407a

KEM PADANG MIDIN , 15 Oktober : Kem Jati Diri yang bermula 13 Oktober dan berakhir hari ini , menguji tahap ketahanan mental dan fizikal kepada semua pelajar tingkatan 1(62 pelajar) & 2(49 pelajar ).

Ianya diadakan di Kem Padang Midin , Rejimen 512 Askar Wataniah. Program ini adalah kerjasama unit Kaunseling dan Hal Ehwal Murid .

Pelbagai acara telah diadakan kepada semua peserta seramai 111 pelajar bagi menguji tahap kesabaran, ketabahan serta kecaknaan peserta dalam program ini. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai dari Kem 512 Rejimen Askar Wataniah yang diketuai oleh Major Sabri.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah OP Masak , Tazkirah , OP Bola Api & Obor , Qiamullail , Kawad kaki , OP Harta Karun , OP Burung Hantu , Taklimat Disiplin & Kaunseling dan Ceramah Motivasi.

5982afe9-e071-4b6c-91d4-0f7891c54cde9bad6dd4-3208-4462-9177-2068627bdc7df065d401-603d-4350-814d-68af8e2663d8

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Latihan Kebakaran

225518435_146489_6577530539059638644SMIYT KTRG SBT : Satu latihan kebakaran telah di adakan baru-baru ini di dataran Asyatibi SM Imtiaz K.Trg. Ianya bertujuan agar semua pelajar dan guru bersedia apabila menghadapi kebakaran dan juga dapat mengetahui kaedah yahg terbaik untuk memadam kebakaran dan berada di tempat yang selamat.

Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dijemput untuk menunjukkan demostrasi tentang kebakaran.

 

Lawatan Penanda Aras SM Sains Tengku Abdullah , Raub Pahang

Slide13SMIYT KTRG SBT , 3 Ogos : Baru -baru ini pihak Pengurusan sekolah telah menerima kunjungan daripada SM Sains Tengku Abdullah , Raub Pahang yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesuai dengan sekolah yang Berprestasi Tinggi. Semoga kehadiran mereka akan menambhkan perkongsian pendapat serta buah fikiran bagi memajukan sekolah masing-masing.