Category: Hal Ehwal Murid

Qiamullail

7869a005-b1b3-439b-bb34-c465333ab759SMIYT KTRG SBT , 14 April : Seawal jam 4.15 pagi tadi semua pelajar telah berada di surau bagi mengikuti program Qiamullail.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Tasbih dan dikuti sedikit Tazkirah oleh Ustaz Ubaidillah. Program ini merupakan aktiviti bulanan pelajar Asrama untuk meningkatkan lagi tahap kerohanian dalam diri setiap pelajar.

Semoga dengan adanya program seumpama ini akan memberikan kekuatan bukan sahaja kerohanian malah tahap jasmani supaya kehidupan diri setiap pelajar menjadi anak Soleh dan Solehah pintar.

4c303765-761c-4b27-931c-ea28d996ac654ed68de6-a67e-49e5-9e7c-68ec8b704c9c5ea684aa-5e07-4f26-8921-38a9c461022388f4b4c7-d07c-4e1e-8abe-20154e6518f4221add5a-04c9-496c-9a3c-12ecb5b36f08e633a6f9-d1f8-4cec-8a1e-ec30d6179a3c00b7d6c5-13ba-46e8-a66a-719abff3e049

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah(KISS) KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2017

Slide14SMIYT KTRG SBT , 23 Februari : Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Khemah Ibadah peringkat Kebangsaan telah diadakan hari ini. SM Imtiaz Yayasan Terengganu telah dipilih sebagai Tuan rumah bagi Karnival Khemah Ibadah ini.

Antara yang hadir dalam mesyuarat ini ialah Puan Hajjah Kamariah binti Isa , Timbalan Pengarah , Bahagian Dakwah & Syiar Islam , BPI KPM , Tuan Haji Mat Sor , Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Ustaz Awi bin Salleh , Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam, JPNT , Semua Gurubesar serta pegawai-pegawai dari JPNT.

Ianya bertujuan untuk membincangkan tentang persiapan Karnival Khemah Ibadah kali ke 3 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan April ini.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide9Slide8Slide11Slide10Slide12Slide13

Program Jom Ke Sekolah

223031488_304047_3024217191460692723SMIYT KTRG SBT , 5 Fabruari : Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan displin dan salahlaku murid.

Penglibatan pihak Polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap diantara pihak Sekolah dan PPS. Selain dari itu ianya dapat membantu mencegah salahlaku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral samada di dalam atau di luar sekolah.

Disamping itu juga membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang diarahkan dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP ( BPSH-SPDK ) 201/005/01/Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

 

223021244_301171_13470485068814554320223022485_302733_2896938692059031203223023819_302202_10398002020221009355223024217_303740_3804171745856369412223031108_309463_4038678559356892302223031488_304047_3024217191460692723223033088_305793_17344591749953272931223033180_307111_15364160868768504917

Majlis Pelancaran ” I Look Smart “

223033970_257687_4275502837994574595

SMIYT KTRG SBT , 22 Januari : Satu Majlis pelancaran ” I Look Smart ” telah dirasmikan pada pagi ini oleh Pengetua Cemerlang , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Program ini merupakan salah satu daripada program Shahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) di bawah unit HEM. Ianya bertujuan memperkenalkan cara-cara pemakaian dan penampilan pelajar yang kemas dan berdisiplin. Disamping itu juga melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan Sekolah dan Asrama serta mewujudkan persekitaran yang baik atau bi’ah solehah dalam kawasan Sekolah dan menepati ciri-ciri sahsiah unggul murid.

Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan pakaian yang mesti dipakai pada setiap aktiviti.

226615742_299803_16548837509914509207226613640_299818_13081542936281955196223032417_256538_7891903697216907476

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI