Category: Hal Ehwal Murid

Mejar Mohd Fauzi Rasmi Penutup Kem Kempimpinan Jati Diri

SEBERANG TAKIR , 14 Jul : ‘ Untuk menjadi pemimpin, setiap pelajar perlu ada semangat untuk berkorban’, demikian kata puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dalam ucapan ketika hari terakhir Kem Kempimpinan Jati Diri MPP, MPA, MPS, PPS dan PRS yang diadakan di Kem Melayu 18, Seberang Takir Kuala Terengganu petang tadi.

Menurutnya lagi, pelajar juga perlu ada semangat berprestasi tinggi dan tidak boleh lagi berfikiran dan perangai dengan cara biasa, perlu lebih tegas, lasak, kuat dan berani yang mampu membawa perubahan yang terbaik.

Dalam majlis tersebut Mejar Mohd Fauzi bin Khamis, Penolong Pegawai Memerintah Kem Melayu 18, sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis penutupan Kem Kepimpinan Jati Diri yang telah diadakan selama 3 hari 2  malam di Kem tersebut.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Kem Kepimpinan Jati Diri MPP, MPS dan PRS

SEBERANG TAKIR , 13 Jul : Seramai 131 pelajar yang terdiri daripada 67 pelajar perempuan dan 64 pelajar lelaki telah menyertai program ini yang  bermula 12hb dan akan berakhir 14 Julai 2012.

Program ini telah diadakan di Kem Askar Melayu 18, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk pemantapan jati diri dan kepimpinan pelajar. Ianya juga bertujuan meningkatkan semangat setiakawan an kerjasama serta sikap bertanggungjawab dalam satu kumpulan. Disamping itu juga untuk meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal dikalangan pelajar.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Lagak ‘stunt’  SILA KLIK DI SINI

Koperasi Sekolah dan SUMUR Anjuran Bersama Ceramah Israk & Mikraj

KUALA TERENGGANU , 26 Jun : Unit HEM yang kendalikan oleh Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) dengan kerjasama Koperasi Sekolah telah menganjurkan satu program Ceramah Israk & Mikraj sempena Bulan Kebesaran Islam dan Hari Koperasi Sekolah 2012.

Program ini di adakan di dewan Asyatibi bermula jam 3 petang. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu YM Ustaz Syed Abu Bakar bin Tuan Taufik dari SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi menyerikan lagi program tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru serta semua pelajar.

Gambar selanjutnya

Program Tahsin Solat Siri I Tahun 2012

KUALA TERENGGANU, 15 Jun : Program yang  bermula semalam  disertai oleh semua pelajar tingkatan 1. Ianya akan berakhir pada hari ini.

Sebelum itu Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah merasmikan majlis pembukaan malam tadi dengan dihadiri guru Al-Quran, peserta serta alumni sekolah.

Menurut penyelaras program, Ustaz Syed Sheikh, ianya diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai solat disamping mengetahui hukum sah, batal dalam solat dan sebagainya.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh semua Guru Al-Quran.

Alumni sekolah juga tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan ilmu kepada peserta. Mereka terdiri daripada Nur A’isyah Humaira binti Ismail dari Institut Pendidikan Guru, Kampung Pendidikan Islam Bangi, Nur A’fini binti Yahya dari Universiti Islam Malaysia, Nabilah Huda binti Abdul Halim dan Nik Norfathiah binti Nik Muhammad Nasir dari Pusat Asasi UIAM, Petaling jaya dan Nurul Najihah binti Harun , lepasan Matrikulasi Kedah.