Category: Hal Ehwal Murid

Perjumpaan Firqah 2013

SMIYT KTRG SBT , 6 Januari : Sebanyak 6 Firqah telah mengadakan perjumpaan jam 3.30 petang tadi. Ianya diadakan di beberapa buah lokasi mengikut firqah masing-masing. Firqah yang bermaksud kumpulan menjadi satu program utama di sekolah ini. 6 firqah yang ditubuhkan mengambil nama daripada falsafah IMTIAZ iaitu Itqan, Mahabbah, Taqwa, Istiqamah, Akhlak dan Zaamah.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, tujuan diadakan perjumpaan ini adalah untuk melantik jawatankuasa baru setiap firqah. Ianya juga untuk merancang segala aktiviti tahunan.

Tambahnya lagi, lokasi perjumpaan tersebut adalah di Bilik Makmal, Perpustakaan dan juga Bilik Kuliah.

Taklimat Khas PK HEM Bersama Pelajar Asrama

SMIYT K.TRG SBT, 4 Januari : Kebiasaan setiap hari jumaat bermula jam 10.30 pagi diadakan program Kuliah Kerohanian untuk semua penghuni asrama iaitu minggu di mana pelajar tidak pulang ke kampung.

Namun begitu pada minggu pertama persekolahan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah mengambil  kesempatan ini untuk mengadakan satu taklimat khas mengenai sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau juga telah menyampaikan taklimat mengenai bagaimana pelajar sekolah ini sentiasa mengamalkan konsep “Sikembang Cina” dan sikap “Proakktif” di kalangan pelajar dan berharap semua pelajar tidak lagi mengamalkan sikap reaktif dan juga aktif kerana pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ini hanya “Proaktif” sahaja yang sesuai dengan maksud SBT.

Motivasi Bersama Raja Shamri

KUALA TERENGGANU , 13September : Pihak pengurusan sekolah di bawah Unik Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Pemuafakan ibu bapa dan guru ( MPIBG ) telah menganjurkan satu slot motivasi untuk pelajar PMR dan SPM 2012 pagi tadi di dewan Asyatibi.

Seorang pakar motivasi iaitu YM Raja Shamri bin Raja Hussin telah dijemput bagi memberi motivasi yang berunsur nasihat kepada pelajar tersebut.

Banyak nasihat yang telah diberikan kepada pelajar sehingga ada di antara mereka hampir menitiskan air mata apabila mereka disajikan dengan klip video mengenai kesengsaraan umat islam di negara lain. kejatuhan moral remaja masa kini juga disajikan dalam slot video tersebut.

Nantikan beberapa klip video yang akan disiarkan di laman ini untuk menilai tentang kejahilan remaja masa kini serta keperitan hidup hidup umat islam yang ditindas dari negara lain.

Prof. Dr. Habib Abdul Hamid Al Mahdaly Tetamu Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan

KUALA TERENGGANU , 16 Jul : Sempena pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan, pengurusan sekolah di bawah unit HEM telah mengundang seorang penceramah dari Brunei Darussalam iaitu Prof. Dr. Habib Abdul Hamid Al Mahdaly bagi memberikan ceramah mengenai Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.

Semua guru dan pelajar hadir dalam majlis tersebut yang diadakan di dewan Asyatibi.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI