Pelajar baru sedang mendaftar diri

SMIYT K.TRG SBT , 13 Januari : Ramai ibubapa tidak sabar-sabar untuk mendaftarkan anak mereka di Sekolah ini. Seawal jam 8 pagi tadi lagi, mereka sudahpun menunggu untuk mendaftar pada jam 9 pagi.

Selepas jam 10 pagi ramai ibubapa hadir bersama anak kesayangan mereka dan ada yang datang bersama atuk dan nenek.

Pukul 11.00 pagi, majlis ucapan selamat datang telah bermula. Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua penolong kanan, Ketua Jabatan turut hadir dalam majlis tersebut. Mereka telah diperkenalkan oleh Puan Pengetua. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 1 yang berjaya memasuki sekolah ini. Beliau juga telah beramah mesra dengan ibubapa dalam majlis perjumpaan di dewan Asyatibi setelah ditanya oleh ibubapa dalam beberapa soalan yang dikemukakan dan dijawab dengan penuh jelas dan padat.

Dalam majlis tersebut juga, satu gimik penyerahan pelajar baru kepada sekolah. Prof. Dr. Aziz bin Deraman merupakan wakil ibubapa menyerahkan anak mereka kepada wakil sekolah iaitu Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Setelah majlis tersebut selesai, pelajar baru kemudian ditemani oleh MPA dan Ketua Bilik masuk ke perkarangan asrama putera dan puteri. Kelihatan juga ibubapa sama-sama memeriahkan suasana dengan menemani anak mereka ke asrama.

Pada sebelah petang pula, program mengenali ketua bilik bersama pelajar baru diadakan di dewan. Begitu juga majlis bersama kaunselor. Kelihatan semua pelajar baru begitu bersemangat untuk memulakan persekolahan. Minggu suaikenal bermula petang tadi dan akan berakhir pada 17 Januari 2013.

Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua MPP, MPA, MPS serta Ketua Bilik yang telah membantu pengurusan sekolah dalam melancarkan lagi sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI 333 fhoto