Tag: merdeka

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu 2015 Disambut Gemilang

Slide100KUALA TERENGGANU , 31 Ogos : Sambutan sempena Hari Kemerdekaan bagi tahun ini telah disambut dengan penuh gemilang.

Bermula di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah , semua kontinjen dari pelbagai jabatan dan sekolah berkumpul dan mendengar perutusan Hari Kemerdekaan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman , Menteri Besar Terengganu.

Sebanyak 8  kategori dipertandingkan sempena sambutan kemerdekaan ini. Antaranya ialah kategori Sekolah Menengah Tidak Beruniform , Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform , Badan Berkanun Tidak Beruniform , Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Beruniform , Jabatan Swasta , GLC Tidak Beruniform , Sekolah Menengah Beruniform Dan Pancaragam Sekolah.

Sekolah ini telah menghantar satu kontinjen bagi kategori Sekolah Menengah Tidak Beruniform.

Keputusan Rasmi semua kategori. Sila klik DI SINI

Perarakan ini bermula di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Buruk.

Slide98Slide141

 

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah !!!! SM Imtiaz Kuala Terengganu JOHAN Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu 2014

Slide212SMIYT KTRG SBT , 31 Ogos : Dengan segak dan bersemangat ketika keluar dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akhirnya membuahkan hasil apabila sekolah ini diisytiharkan JOHAN Perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 57 bagi kategori Bukan Badan Beruniform.

Pasukan sekolah telah menggondol sebuah piala serta Mock Cek Bernilai RM 4,000.00. Semua hadiah disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman , Menteri Besar Terengganu.

Paling manis ialah , YAB Dato’ Menteri Besar sudi meluangkan masa untuk sama-sama bergambar bersama kontinjen sekolah.

Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta Ketua Kontinjen Mohd Riezman Hafiz telah naik ke pentas untuk menerima hadiah tersebut.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Ustaz Mohd Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum serta guru-guru dan pelajar yang terlibat yang telah bertungkus lumus sehingga mendapat kejayaan tersebut.

Tahniah dan Syabas Anak-anak Al Fateh

Berikut adalah keputusan rasmi.

 

Pasukan Bukan Badan Beruniform

JOHAN : SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

NAIB JOHAN : SMA KHAIRIAH

KETIGA : SMAASZA BATU BURUK

 

Pasukan Badan Beruniform

JOHAN : SM IMTIAZ KUALA BERANG

NAIB JOHAN : SMK PADANG MIDIN

KETIGA : SMK IBRAHIM FIKRI

 

Pasukan Pancaragam

JOHAN : SMJK CHONG HWA WEI SIN

NAIB JOHAN : SESMA

KETIGA : SMK IBRAHIM FIKRI

Slide100Slide191Slide186

Klip Video Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan – VIDEO

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 56

Slide33SMIYT KTRG SBT , 14 September : Sempena menyambut bulan Kemerdekaan Kali Ke 56, satu pertandingan peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Asyatibi khamis baru-baru ini.

Ianya disertai oleh pelajar sekolah ini yang melibatkan pelbagai acara yang dipertandingkan. Semoga semangat cintakan Negara terus berkobar-kobar di dalam setiap peribadi pelajar.

Slide3Slide24Slide56Slide47Slide14Slide33

Gambar selanjutnya sila kilik DI SINI

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56 Peringkat Negeri Terengganu

Slide66SMIYT KTRG SBT , 31 Ogos : Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 56 Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 31 Ogos 2013 bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu , Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said. Pelbagai jabatan , kementerian dan sekolah telah menganmbil bahagian dalam perarakan ini. Perarakan ini bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Buruk.

SM Imtiaz K.Trg juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam perarakan ini bagi menunjukkan semangat cinta akan negara yang berdaulat. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku.

Slide51 Slide44Slide59Slide67Slide70

Video Perarakan yang melibatkan kontinjen SM Imtiaz K.Trg

Gambar selanjutnya sila kilik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.