KUALA TERENGGANU, 7 Jun :Seramai 160 orang pelajar yang terdiri daripada 25 orang naqib dan 30 orang naqibah dan 105 pelajar tingkatan 4 sekolah ini akan menghadiri khemah ibadah tersebut yang bermula pada hari ini dan berakhir pada hari sabtu.

Naqib dan Naqibah sekolah merupakan jentera pengerak yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Ia juga merupakan perantaan sekolah bagi membentuk dan membimbing pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah unggul. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitunmelahirkan insan yang cemerlang jasmani, emasi, rohani dan intelek.

Diantara objektif Khemah Ibadah ini adalah :

1. Membentuk jai diri pelajar yang berakhlak mulia dan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

2. Mengetahui cara-cara kerja berkumpulan dan merancang strategi dalam memimpin sesebuah organisasi.

3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam memimpin organisasi.

4. Memanfaatkan kekuatan berpasukan dan berusaha membantu organisasi kearah kecemerlangan dalam pelbagai aspek.

5. Memupuk nilai-nilai murni di dalam jiwa pelajar kearah menjana generasi Ulul Albab.

 

Terdahulu dari itu, puan pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah merasmikan program tersebut malam tadi di bilik Kuliah. Hadir sama ialah Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Ustaz Syed Sheikh, Penyelaras program serta bekas pelajar sekolah ini yang menjadi fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi tempatan dan luar negara.