Category: Hal Ehwal Murid

Ceramah Gejala Sosial Di Kalangan Remaja

Slide1SMIYT KTRG SBT , 9 Mei : Satu slot ceramah mengenai gejala sosial di kalangan remaja telah diadakan pagi tadi di dewan Asyatibi.

Ceramah ini telah dikendalikan oleh Polis Perhubungan Sekolah, Inspektor Nor Aizat bin As Ari. Semoga semua pelajar dapat mengambil menafaat dari ceramah tersebut.

Slide2 Slide4Slide5

Lawatan PUM Ke Kilang SME Bank

Slide33SMIYT KTRG SBT , 8 Mei : Persatuan Usahawan Muda ( PUM ) SM Imtiaz K.Trg telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Kilang SME Bank di Chendering pada 7 Mei.

Menurut Pengerusi Persatuan Usahawan Muda, Taqiyyudin bin Mazlan, lawatan ini disertai seramai 24 ahli persatuan dan 2 orang guru pengiring.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli persatuan tentang cara menguruskan perniagaan. Lawatan ini antara lain bertujuan memupuk semangat suka berniaga dalam kalangan ahlipersatuan.

Menurut pengurus SME Bank, Tuan Azali, ramai pelajar lepasan Universiti memilih untuk menjadi usahawan selepas tamat sesi pengajian.

Dalam lawatan tersebut ahli persatuan sempat melawat Syarikat ZIQ, Bakery, Zaman Ice dan Tinta Dynamik.

Slide38Slide25Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

‘ Ops Surau Suci ‘

Slide5SMIYT KTRG SBT , 7 April : ‘ Ops Surau Suci ‘  ini telah diadakan pada 5 & 6 April 2013 yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ) SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Ianya bertujuan bagi memastikan surau Tok Ku Pulau Manis ini sentiasa berada dalam keadaan sucu dan selesa.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM yang telah banyak membantu.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam zon barakah dan diberkatiNya.

Slide23Slide31Slide52

Gambarselanjutnya sila klik DI SINI

Kem ‘ Super Solat ‘

Slide93SMIYT KTRG SBT , 17 Mac : Kem ini telah diadakan bermula 14 hingga 16 Mac baru-baru ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.

Objektif program ini adalah membuat pendedahan kepada pelajar mengenai permasalahan Fiqh dalam solat. Ianya juga dapat membetulkan kekeliruan dari segi cara solat yang sebenar disamping memantapkan ilmu fardhu ain dan meningkatkan kualiti solat pelajar.

Allah berfirman mafhumNya, ” Sesungguhnya solat dapat mencegah kemungkaran”. Sesungguhnya umat Islam dewasa ini menunaikan solat namun solat tersebut tidak mampu menyekat mereka daripada melalkukan perkara mungkar. Hal ini disebabkan kecacatan yang berlaku dalam solat mereka.

Oleh itu, para pelajar kini perlu didedahkan dengan permasalahan Fiqh dalam solat agar pelajar dapat menunaikan solat dengan betul dan tepat di samping solat mereka dapat mencegah daripada perkara mungkar.

Slide6Slide413Slide423

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI