Category: Am

Selangkah Ke Sekolah Berasrama: SK Bukit Chendering

Membuka langkah pertama menuju alam persekolahan berasrama!

Program Selangkah ke Sekolah Berasrama dianjurkan khas buat adik-adik dari sekolah rendah bagi memberikan gambaran, pengalaman dan pendedahan tentang kehidupan sebagai pelajar di sekolah berasrama.

Semoga perkongsian dan pengalaman yang diberikan dapat membantu adik-adik membuat persediaan serta menyemai semangat untuk melangkah lebih yakin ke alam persekolahan menengah.

Jom melangkah bersama kami, bina impian dan cipta kejayaan!

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Imtiaz Kuala Terengganu Cipta Gemilang, Rangkul Anugerah Khas Inovasi 2026

Sumber Photo: FB Yayasan Terengganu

Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu (SMIYTKT) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul Anugerah Khas Inovasi dalam Ekspo Reka Cipta & Inovasi Terengganu 2026 yang berlangsung sejak 9-11 Ogos 2026.

Pencapaian ini membuktikan keupayaan warga SMIYTKT dalam menghasilkan idea serta inovasi yang kreatif, bernilai dan berimpak, selaras dengan tema ekspo “Inovasi Lokal, Impak Global”.

Kejayaan menerima Anugerah Khas ini turut mencerminkan komitmen berterusan pihak sekolah dalam membudayakan kreativiti, reka cipta dan inovasi dalam kalangan warga sekolah. Ia juga menjadi bukti bahawa para pelajar SMIYTKT mampu mengetengahkan idea yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih luas.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar, guru pembimbing serta seluruh warga SMIYTKT atas kejayaan yang membanggakan ini.

Semoga pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada warga SMIYTKT untuk terus mencipta, meneroka dan menghasilkan inovasi yang lebih hebat pada masa akan datang.

Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026 : Inovasi Lokal, Impak Global

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, terus melakar kecemerlangan dalam bidang kreativiti, reka cipta dan inovasi menerusi penyertaan dalam Ekspo Reka Cipta & Inovasi Terengganu 2026 yang mengetengahkan idea-idea kreatif dan inovatif daripada generasi muda.

Bertemakan “Inovasi Lokal, Impak Global”, ekspo ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat, mengembangkan potensi serta memberi ruang kepada para pelajar untuk mengetengahkan hasil reka cipta yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Penyertaan ini turut mencerminkan komitmen SMIYT dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai pemikiran kritis, daya kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah serta keberanian menghasilkan inovasi baharu.

Semoga penyertaan dan pengalaman yang diperoleh dalam ekspo ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berkarya, mencipta dan berinovasi demi masa depan yang lebih gemilang.

Sumber Video: FB Yayasan Terengganu
Sumber Photo: FB Yayasan Terengganu

Liqa Nisa: Saya Dah Baligh!

Program yang memberi fokus kepada pendidikan, bimbingan dan penghayatan berkaitan fasa akil baligh dalam kalangan pelajar perempuan.

Program ini akan disampaikan oleh Ustazah Iwana Aisyah binti Ar Halim, Pengasas Tibyan Centre serta penulis buku Telaga Biru. Sesi perkongsian telah berlangsung pada Jumaat, 7 Ogos 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan As-Syafiti.

Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, selain mengalu-alukan kehadiran warga IKT.

Penganjuran Liqa Nisa 2026 merupakan salah satu usaha Unit Sahsiah Unggul Murid dengan kerjasama Badan Dakwah & Rohani Imtiaz Kuala Terengganu dalam memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada para pelajar berkaitan perubahan diri, tanggungjawab dan pembentukan sahsiah sebagai seorang muslimah.

Semoga program ini dapat menjadi wadah ilmu dan perkongsian yang bermakna dalam membantu para pelajar memahami fasa kehidupan dengan lebih baik serta membentuk jati diri yang positif, berilmu dan berakhlak.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

LOGO & LAGU

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

LOGO IMTIAZ

LAGU IMTIAZ

Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari

Lirik Lagu:
Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu:
En. M. Shahril M. Anip

HUBUNGI KAMI

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

📞
TELEFON 09-619 5111
📠
FAKS 09-619 5112
📍 ALAMAT SEKOLAH

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

📍 LOKASI SEKOLAH

ALUAN PENGETUA

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

MD IMRAN BIN MD NOR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Melahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.”

Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Bangunan KOSPINT
Bangunan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Penubuhan KOSPINT

Pintu masuk KOSPINT
Pintu masuk Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 Jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.

Perasmian rasmi KOSPINT
Perasmian rasmi KOSPINT oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Bas KOSPINT
Bas Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Dato’ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.