Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Koperasi akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 10-11 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu) Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan ini. Sehubungan itu, datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan lagi sambutan ini.
Diharapkan program ini dapat menyemai minat, meningkatkan kesedaran serta melahirkan lebih ramai generasi muda yang berdaya saing, inovatif dan cemerlang dalam bidang STEM demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.
Unit Pembudayaan Al-Quran telah menganjurkan kelas Talaqqi Surah Al-Fatihah bersanad yang dikendalikan oleh guru Bahasa Arab IKT, Dr. Syeikh Essam Bin Fayez khusus untuk semua warga sekolah. Inisiatif murni ini membuka peluang kepada guru, kakitangan dan juga anak pelajar mendalami bacaan Al-Quran secara talaqqi bersama guru yang berpengalaman disamping menerima sanad melalui proses talaqqi tersebut apabila khatam. Semoga program ini menjadi asbab untuk memperbaiki bacaan, menambah kefahaman serta meraih keberkatan dan rahmat Allah SWT.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.