Category: Am

Program Riadah Ilmiah Banat Tingkatan 3

Masjid Terapung, Kuala Ibai, 2 Oktober 2025: Unit Penyelaras & Projek Tingkatan 3 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah merangka satu program riadhah minda untuk mengisi masa lapang dan juga untuk memupuk semangat kesukanan serta memberikan pembelajaran sepanjang hayat kepada para pelajar dengan dunia luar. Program latihan sambil belajar ini diadakan di Masjid Terapung dan Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai bagi semua pelajar banat Tingkatan 3. Riadah ilmiah merupakan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Di samping itu, ia juga dapat melatih para pelajar mendisiplinkan diri sepanjang proses latihan diadakan.

Antara objektif bagi program ini adalah:

  • Memberi pendedahahan kepada para pelajar asas sukan yang memberi bermanfaat.
  • Memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang ilmu yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk berdikari.
  • Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi dan rohani semasa program.
  • Mewujudkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Lawatan Pelajar-Pelajar ASEAN Sempena Southeast Asia Olympiad Championship

Seramai 44 orang peserta Sekolah ASEAN terdiri daripada guru, pelajar terpilih beserta wartawan telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan kerjasama pendidikan antara sekolah-sekolah ASEAN serta memberi pendedahan mengenai amalan terbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 11.00 pagi dan program dimulakan dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada  Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Mereka juga turut dibawa melawat ke bilik-bilik khas untuk melihat secara lebih dekat kaedah pengajaran dan  pembelajaran di sekolah ini. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 1.00 tengahari.

Lawatan penandaarasan Sekolah ASEAN ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu ini diharap dapat menjadi platform yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta memperkukuh hubungan kerjasama serantau. Melalui perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan interaksi antara guru serta pelajar, program ini diyakini mampu memberi manfaat berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat. Program ini bukan sahaja memperkenalkan sistem pendidikan dan budaya Malaysia kepada rakan-rakan ASEAN, malah dapat memperkukuh semangat integrasi serantau yang berteraskan nilai persefahaman, toleransi dan kerjasama. Justeru, sokongan padu daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penganjuran program ini.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kem Booster Akademik Siri 2 Tingkatan 3

Maecon D’River Resort, 30 Sept 2025: Tiga minggu yang lepas Unit Projek Kecemerlangan sekolah telah menganjurkan Kem Booster Akademik Siri 1 khusus untuk semua pelajar Tingkatan 3, manakala pada hari ini kem tersebut kembali diteruskan di Maecon D’RIver Resort sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak soleh solehah pintar Tingkatan 3. Kem ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar dan guru dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kem akademik ini diadakan untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih baik melalui pembelajaran berkesan dan teknik menjawab soalan, serta meningkatkan kecemerlangan sekolah.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Pertandingan World Sustainable Development Goal Challenge 2025

MMU, Cyberjaya, 27 Sept 2025: Alhamdulillah telah selesai pertandingan World Sustainable Development Goal Challenge (WSDG2025) yang berlangsung di Dewan Tun Canselor, MMU, Cyberjaya pada 26 & 27 September 2025.

TAHNIAH & SYABAS!!!
 
Pelajar Tingkatan 2 yang mewakili pasukan daripada IKT telah berjaya meraih 4 pingat emas :
 
Gold Award – Imtiaz Dual Eco Water System (i-DEWS)
Aira Nur Maisarah binti Abdullah Fuad
Nur Aeisya Khadija binti Mohd Yazid
Ummu Sofiyyah binti Abdul Mubin
 
Gold Award & Best Infographic Data Presentation Award – SDG 15 : Life on Land, My Mission On Universe
Aira Nur Maisarah binti Abdullah Fuad
 
Guru Pembimbing:
Ustaz Zaimuddin bin Anizan
Ustazah Sa’adah binti Zainal
 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.