Category: Am

Kem Booster Hafazan Tingkatan 4

Semoga kem hafazan ini membuahkan hasil yang cemerlang, memantapkan muraja’ah (pengulangan) dan melahirkan generasi Ulul Albab yang cintakan al-Quran, berakhlak mulia, serta berjaya dunia dan akhirat. Diharapkan segala usaha, pengorbanan, dan kesabaran para peserta sepanjang kem hafazan dipermudahkan serta mendapat keberkatan dan reda Allah SWT. Moga ilmu yang dipelajari terus kekal, dihafaz, dan diamalkan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Dialog Prestasi Hafazan Tingkatan 1 & PPT Tingkatan 2-4

Semoga dialog prestasi hari ini dapat mencapai objektif utamanya dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar, mencari penyelesaian bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah, serta merangka pelan tindakan yang berkesan untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik dan kemenjadian sahsiah pelajar.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perkongsian PLC “Global Excellence in Mathematics for Malaysia-China”

Sesi perkongsian Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) mengenai Global Excellence in Mathematics adalah program kolaboratif untuk mendedahkan guru kepada strategi pengajaran matematik berprestasi tinggi bertaraf dunia. Ia memfokuskan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah aras tinggi, dan amalan terbaik bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran pelajar.

Program “Kuca Sure” IKT

Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi menyemarakkan penghayatan budaya Islam, memupuk semangat gotong-royong serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah. Program ini menjadi platform untuk menghimpunkan warga sekolah dalam suasana yang harmoni melalui penyediaan dan agihan bubur Asyura bersempena dengan kedatangan bulan Muharam.

Melalui penglibatan aktif guru, kakitangan serta pelajar, program ini bukan sahaja menghidupkan amalan tradisi masyarakat Melayu Islam, malah turut menerapkan nilai-nilai kerjasama, keprihatinan, kesyukuran dan saling membantu. Aktiviti memasak secara bergotong-royong juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati kepentingan bekerja sebagai satu pasukan dan memupuk semangat kekitaan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.