Category: Am

Pelancaran Kelas Talaqqi Surah Al-Fatihah Bersanad

Unit Pembudayaan Al-Quran telah menganjurkan kelas Talaqqi Surah Al-Fatihah bersanad yang dikendalikan oleh guru Bahasa Arab IKT, Dr. Syeikh Essam Bin Fayez khusus untuk semua warga sekolah. Inisiatif murni ini membuka peluang kepada guru, kakitangan dan juga anak pelajar mendalami bacaan Al-Quran secara talaqqi bersama guru yang berpengalaman disamping menerima sanad melalui proses talaqqi tersebut apabila khatam. Semoga program ini menjadi asbab untuk memperbaiki bacaan, menambah kefahaman serta meraih keberkatan dan rahmat Allah SWT.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Huffaz Qawiy Pelajar Tingkatan 2

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Bengkel Pemerkasaan Digital Murid

🗓️ 1 Julai 2026
📍 Bilik Kuliah, IKT

Bengkel ini dianjurkan oleh unit Appleclassroom sekolah bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik melukis secara digital menggunakan peranti seperti Ipad di mana bengkel ini merupakan cara terbaik untuk mengasah bakat seni visual pelajar-pelajar Tingkatan 1. Menggabungkan penggunaan Apple Pencil dan aplikasi khusus seperti Keynote dan Pages membolehkan mereka melukis, mewarna, dan menyusun panel komik dengan mudah di mana sahaja.

Program Usrah Sumur

Program SUMUR (Sahsiah Unggul Murid) bermatlamat membentuk pelajar menjadi insan holistik. Antara kebaikan utamanya ialah melahirkan murid berakhlak mulia, memupuk jati diri dan nilai murni, membina penampilan diri yang positif, serta melahirkan individu yang cintakan ilmu