881945_641430922540097_1292267194_oSMIYT KTRG SBT, 23 Mac : Satu Bengkel Tutorial Video Korporat 2013 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu pada hari ini bermula jam 9.00 pagi.

Seramai 8 orang pelajar tingkatan 4 telah terpilih untuk menjayakan bengkel ini. Mereka ialah:

Muhammad Nasruddin Najwan (4 Nafi’)
Muhammad Hazim (4 Ibnu Kathir)
Muhammad Ikhlas (4 Asim)
Amir Fahmi (4 Ibnu Kathir)
Nur Fatin Amira (4 Nafi’)
Nur Fithriah Hanani (4 Nafi’)
Siti Maisarah (4 Nafi’)
Sharifah Huda Sofiya (4 Nafi’)

Para pelajar yang terpilih ini dibimbing oleh 2 orang guru cemerlang iaitu:

Cikgu Saripah binti Embong (Setiausaha Unit Dokumentasi & Multimedia)
Cikgu Che Kadijah binti Abdullah (Setiausaha Sekolah)

dan juga 3 orang fasilitator dari Alumni Abadi KOSPINT:

Ahmad Syahir bin Abdul Razak (SPM 2003)
Muhammad Aiman bin Abdullah @ Ismail (SPM 2004)
Nurul Fateha binti Alias (SPM 2003).

Objektif bengkel adalah untuk menghasilkan video korporat baharu sesuai dengan perkembangan teknologi terkini dan status sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Semoga usaha ini akan mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak bagi melancarkan lagi proses pembikinan video korporat ini disamping mengeratkan lagi ukhuwah antara pihak sekolah dan alumni.

 

WP_20130323_004 WP_20130323_003 WP_20130323_001 Photo0365 Photo0364 Photo0363