Slide29SMIYT KTRG SBT , 24 Mac : Hari ini Sekolah telah menerima kunjungan daripada SMK Seri Sembrong, Kluang, Johor.  Rombongan tersebut tiba jam 8.10 pagi tadi yang diketuai oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Md Shariff bin Junidek.

Mereka daripada guru dan PIBG sekolah yang telah disambut mesra oleh pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Setiausaha Sekolah, Cikgu Kadijah binti Che Abdullah serta Kaunselor, Cikgu Norhidayah binti Ibrahim.

Mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai sekolah dan kemudian dibawa ke bilik galeri sekolah untuk melihat segala aktiviti yang telah dilaksanakan.

Slide3Slide10Slide32

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI