Slide48SMIYT KTRG SBT , 21 Mac : Seramai 99 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2012 telah mendapat keputusan masing-masing pagi ini.

Menururt Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, seramai 1 orang mendapat 11A+, 10 orang mendapat 11A, 10A (7 orang), 9A (10 orang), 8A (7 orang), 7A (13 orang), 6A (13 orang), dan selebihnya di bawah 5A. Gred Purata Sekolah pula meningkat daripaada 2.42 pada 2011 kepada 2.23 pada 2012.

Menurut beliau lagi SM Imtiaz Kuala Terengganu menduduki rangking Negeri tempat ke 6 pada tahun 2012 berbanding  tempat ke 10 tahun 2011  Tambah beliau lagi tempat pertama ialah SM Sains Sultan Mahmud, ke 2 SM Imtiaz Besut, ke 3 SM Sains Kuala Terengganu, ke 4 SMAASZA Batu Buruk, ke 5 SM Sains Hulu Terengganu, ke 6 SM Imtiaz Kuala Terengganu, ke 7 SM Imtiaz Kuala Berang, ke 8 SBPI batu Rakit, ke 9 SMKA Sheikh Abdul Malek dan ke 10 SM Tengku Mahmud, Besut. Sekolah ini mendapat terbaik negeri bagi matapelajaran PSI yang mendapat 100% A, manakala 7 matapelajaran meningkat iaitu Bahasa Melayu 1.29 kepada 0.97, Bahasa Inggeri 3.04 kepada 2.61, Fizik 3.67 kepada 3.15, Kimia 3.8 kepaad 3.11, Biologi 4.23 kepada 3.43 , PQS 1.53 kepada  1.52 dan PSI 1.73 kepada 0.58.

Mohd Zulfadhli bin Nor Azmi telah mendapat semua A+ dan merupakan salah seorang daripada 19 pelajar terbaik Negeri manakala tempat ke 2 terbaik ialah Mohd Aiman bin Ismail mendapat 10A+ 1A yang telah diumumkan sebentar tadi. Seorang lagi pelajar Wan Mohd Yusuf bin Wan Lokman walaupun beliau telah kehilangan ayah dan ibu yang tersayang, semangat beliau tidak pernah luntur bahkan galakan yang diberikan oleh abangnya yang sentiasa menjaga beliau sehingga beliau telah mendapat 11A dalam peperiksaan tersebut. Slide39Slide32Slide65

Tahniah dan Syabas!!

Video

Rahsia kejayaan Mohd Zulfadhli Nor Azmi

Rahsia Kejayaan Mohd Aiman Ismail

Rahsia Kejayaan Wan Mohd Yusuf Wan Lokman

Gembira Seorang Ibu

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI