
SMIYT KTRG SBT , 17 November : Pagi ini pihak Sekolah amat bertuah kerana menerima kunjungan dari insan yang begitu perihatin dengan pelajar. Beliau ialah Tuan Haji Mohamad bin Sulong , Pengarah Yayasan Terengganu danTuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar , Yang Dipertua MPIBG.
Turut menyambut ketibaan mereka ialah terdiri daripada Pengurusan Sekolah iaitu Cikgu Yusuf bin Osman , Pengetua sekolah yang baru , Semua Penolong Kanan serta Ketua Jabatan dan beberapa orang guru.
Tuan Haji Mohamad bin Sulong telah memberi kata-kata semangat kepada calon SPM mengenai kertas Peperiksaan Pendidikan Syariah Islamiah manakala Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar memberi ucapan yang sama tetapi mengenai kertas peperiksaan Matematik.
Semoga kata-kata mereka ini akan memberikan suntikan semangat juang yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan hari ini. Pihak sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan Terenggganu dan YDP MPIBG kerana sudi meluangkan masa bersama calon SPM 2015 dari sekolah ini.








Pada 29 hb Oktober 2015, Pasukan L AL Fateh B dengan Kajian/Produk bertajuk The Miracle of Multipurpose Soap: Novely, telah menyertai Pertandingan International Invention, Innovation & Design Johor 2015 bertempat di Amansari Residence and Resort Pasir Gudang Johor.


Pada 30 Julai 2015, Khamis baru-baru ini, Pasukan Al-Fateh Inventors SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menyertai sesi Penilaian Anugerah HartaIntelek Negara di Pusa tDagangan Mahkota , Kuantan ,Pahang. Anjuran My IPO Perbadanan Harta Intelek Negara .


