Author: admin

Tahniah!!! SM Imtiaz Kuala Terengganu Johan Pertandingan Kebersihan Sekolah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 4 Jan: Siapa sangka, baru 2 hari sesi persekolahan 2012 bermula, Sekolah telah dikhabarkan berita gembira iaitu mendapat tempat pertama dalam pertandingan Kebersihan Kawasan Sekolah kategori Sekolah Menengah peringkat daerah Kuala Terengganu Selatan.

Pertandingan ini adalah program Pendidikan Kebersihan Sekolah Tahun 2011 Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Dengan kejayaan ini, sekolah telah membawa pulang hadiah yang berjumlah RM 2,000.00. Penolong kanan Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu telah menerima hadiah tersebut dari wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu pagi tadi.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, kakitangan serta pelajar yang bertungkus lumus bagi memastikan kebersihan dan keceriaan dijaga dengan sempurna.

Mesyuarat Agung Badan Beruniform 2012

KUALA TERENGGANU, 3 Jan: Mesyuarat Agung Badan Beruniform kali pertama telah diadakan pada sebelah petang tadi bermula jam 3.30 petang dan berakhir 4.30 petang.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah, Ustaz Md Nor bin Yahya, tujuan diadakan mesyuarat adalah bagi pemilihan AJK baru tahun 2012. Disamping itu juga untuk membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2012.

Badan beruniform yang bermesyuarat pada petang tadi ialah Pengakap di Kantin Sekolah, Kadet Bomba Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis di Dewan Assyatibi, Persatuan Bulan Sabit Merah di bilik Kuliah dan Puteri Islam di Perpustakaan.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Sesi Persekolahan 2012 Bermula Hari ini.

KUALA TERENGGANU, 3 Jan : Sesi persekolahan bagi tahun 2012 telahpun bermula hari ini. Sebagai permulaan, semua guru dan pelajar berkumpul jam 7.40 pagi di Dewan Assyatibi.

Puan pengetua telah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5.

Semoga pada tahun ini, semua pelajar diharap mempunyai azam yang kuat dan jitu samada dalam bidang hafazan mahupun akademik agar beroleh kejayaan yang lebih cemerlang. Dari aspek kerohanian serta sahsiah juga dapat dipupuk dengan lebih gemilang lagi.

Program Hafazan Al-Quran Berakhir Hari ini.

KUALA TERENGGANU, 2 jan: Program Hafazan yang diadakan mulai 25 Disember 2011 yang lalu telahpun berakhir petang tadi. Program ini diadakan selama 9 hari.

Menurut Ketua Jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, beliau melahirkan rasa gembira dengan tahap pencapaian semua pelajar yang terlibat dengan program ini. Walaupun diadakan dalam cuti persekolahan akhir tahun lepas, namun dengan semangat ingin melihat anak-anak pelajar cemerlang dalam bidang hafazan, semua guru yang ditugaskanย  telah menjalankan amanah yang diberi.

Menurut beliau lagi, Program ini dijalankan sebelah pagi, petang dan malam. Semoga program ini akan memberi suntikan dan nafas baru bagi meneruskan kesinambungan pada tahun ini.