852107042_4943_14928574842753938265

SMIYT KTRG SBT , 20 Oktober : Ketika ini banyak berlaku keracunan makanan terutamanya di asrama sekolah dan yang terbaru kes keracunan makanan yang berlaku di sebuah sekolah sekitar Kuala Terengganu. Justeru itu sebagai langkah berjaga-jaga , tuan Pengetua , Encik Mohd Yusuf bin Othman bersama Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah mengadakan perjumpaan khas bersama semua tukang masak yang juga dihadiri semua Penyelia Asrama untuk memaklumkan dan berbincang supaya bersedia melaksanakan tugas dengan baik agar tiada keracunan makanan berlaku di asrama sekolah ini.

Beliau juga menyarankan supaya berhati-hati dalam penyediaan makanan dan juga memastikan kebersihan dijaga dengan baik.

851439602_102875_18372200228086913950852106681_5229_12602106333348172345852110108_4856_15149698583274945346852107042_4943_14928574842753938265