Category: Asrama

Selamat Datang TV AlHijrah ke TV Huffaz IKT

Pada 26 Jun 2025 (Khamis), Pembaca Berita TV Al- Hijrah, En. Wan Kamaruddin bin Wan Ibrahim telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu untuk membuat rakaman aktiviti pelajar sekitar kawasan asrama, balai quran dan juga bangunan akademik di sekolah. Rakaman telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi. Wartawan TV Huffaz IKT turut bersama-sama En. Wan Kamarudin ketika rakaman berlangsung dan semoga dengan perkongsian pengalaman serta ilmu yang dikongsi bersama wartawan yang dikenali itu dapat melahirkan lebih ramai wartawan cilik yang berkaliber serta dapat mengharumkan lagi nama sekolah kita. Di samping itu, semoga dengan rakaman daripada pihak TV Al-Hijrah dapat sedikit sebanyak memberi manfaat serta pengetahuan kepada pihak luar tentang sekolah ini.

Rakaman video dan galeri gambar boleh layari laman Facebook dan Tiktok rasmi sekolah.

Prep Berfokus Di Asrama

Prep juga dikenali sebagai kelas persediaan belajar ini diadakan setiap hari khususnya pada waktu malam selepas solat isyak. Pelajar akan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Pada waktu inilah pelajar menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan dan juga berbincang dengan rakan lain berkenaan sesuatu mata pelajaran.

Kelas Persediaan belajar cara berfokus ini akan memberi tumpuan yang lebih agar dapat menghadapi sesi pembelajaran pada esok hari.

Kursus Pengendalian Jenazah

SM IMTIAZ K.TRG:Pada 23 okt yang lalu,satu kursus pengendalian Jenazah untuk pasca tingkatan 3 telah di adakan di surau sekolah.

Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bagaimana cara-cara untuk menyempurnakan proses bermula mandi sehingga dikafankan dengan betul.

Slide2

Lihat gambar seterusya DI SINI

Slide15Slide1Slide10

Hubungan Erat Ibubapa , Pengurusan Asrama dan Pelajar

6ea36f4d-0af2-4bf2-a4ce-00348d9b81e7SMIYT KTRG SBT , 31 Jan : Imtiaz Kuala Terengganu mengamalkan dasar keterbukaan kepada ibubapa yang sudi memberi sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun material yang lain.

Sehubungan dengan itu kesepakatan dalam hal ini telah dimeterai dengan adanya ibubapa yang ingin sama-sama membantu pihak sekolah dan asrama terutama mengenai keceriaan bilik anak-anak mereka.

Menghias bilik adalah salah satu daripada kerjasama erat di kalangan ibubapa . ada yang membantu memberi sumbangan berbentuk langsir yang dilakukan sendiri oleh mereka dan juga dibantu pihak pengurusan asrama.

Semoga usaha-usaha murni ini akan terus tersemat di hati ibubapa dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibubapa , pengurusan asrama serta pelajar.

8e8ea8b9-4e31-4679-9f47-f3dfc74406cb673a2a07-1294-4846-b7bc-42b12f3d39fbaa3c1ff0-f1d7-42b9-8747-7eba487d7191bcc3e93b-1801-4266-b6ca-359c7b4f2837d8956a1f-0489-4fe1-897b-5238504b8bc5