slide39WISMA DARUL IMAN , 27 Oktober : Sekalung tahniah diucapkan kepada Yayasan Terengganu Bahagian Pengurusan Imtiaz kerana telah berjaya mengadakan Majlis Graduasi Tingkatan 5 dan Anugerah Hafazan bagi tahun 2016.

Seramai 365 pelajar tingkatan 5 dari seluruh SM Imtiaz telah menerima Graduasi dan seramai 276 pelajar telah menerima Anugerah Hafazan yang telah disampaikan oleh YB. Haji A. Latif bin Awang , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Sains , Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Mohamad bin Sulong , Semua Pengetua Imtiaz Yayasan Terengganu , Pegawai dari Yayasan Terengganu serta ibubapa penerima anugerah.

Seramai 68 penerima Graduasi dan 69 penerima Anugerah Hafazan dari Sekolah ini.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima Graduasi dan Anugerah Hafazan.

slide51slide47slide44slide38slide16slide10

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI