
Program ini memberi penekanan kepada pembinaan jati diri melalui pelbagai aktiviti yang mencabar aspek fizikal, mental dan emosi. Selain mengukuhkan semangat kerjasama, komunikasi dan kepimpinan, para peserta turut didedahkan kepada nilai-nilai seperti integriti, tanggungjawab, ketabahan serta keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.
Melalui pengalaman pembelajaran berasaskan aktiviti, Program Huffaz Warrior Tingkatan 1 diharap dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan hafazan al-Quran, malah memiliki daya tahan, kepimpinan serta akhlak yang terpuji. Program ini turut menyokong usaha Yayasan Terengganu dalam melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.