Wacana Melestarikan Pendidikan Terbilang Terengganu Negeri Anjung Ilmu

GAMBANG, PAHANG, 17 Feb : Wacana ini telah diadakan bermula 16 feb dan akan berakhir pada 18 feb 2012. Program ini di adakan di Bukit Gambang Resort & City, Kuantan Pahang yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) dan Yayasan Terengganu ( Imtiaz )

Seramai 450 orang guru serta kakitangan dari 6 buah sekolah telah melaporkan diri petang kelmarin. Di antara sekolah yang terlibat ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kemaman, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SMK Seri Budiman serta Yayasan Terengganu. Imtiaz K.Trg telah menghantar seramai 98 orang guru dan kakitangan.

Tujuan wacana ini diadakan bagi meningkatkan profesionalisme guru dalam meningkatkan berdasarkan transformasi pendidikan negara.

Lawatan Rombongan Penyelidik Kajian Penggunaan e-BOOK dan Kelas maya dari UPSI dan INTEL USA LE

KUALA TERENGGANU, 16 Feb : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima kunjungan daripada rombongan tersebut.

Mereka terdiri daripada YM Tengku Yusof bin Tengku Mansor, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN, Encik Wan Mazlan dari JPN, Puan Joya dari Intel USA LE,

Profesor Chan, Dr Faris serta Dr Zanariah dari Universiti Perguruan Sultan Idris( UPSI ).

 

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat cara pengunaan e-BOOK dalam Pengajaran & Pembelajaran. Mereka kemudian diberi ucapan aluan oleh puan pengetua, taklimat oleh Penolong Kanan Akademik. Seterusnya mereka di bawa masuk ke kelas maya untuk melihat sistem pembelajaran menggunakan e-BOOK.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI


							
						

Mesyuarat AJK MPIBG Kali 1 Tahun 2012

KUALA TERENGGANU, 16 Feb : Satu mesyuarat AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru bagi kali pertama tahun 2012 telah di adakan pagi ini.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Jain bin Awang selaku Timbalan Yang Dipertua MPIBG. Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah :

1. Puan Mardziah binti Che Abdullah - Setiausaha

2. Puan Nurhakimah binti Muhammad - Bendahari

3. Encik Mohd Mazri bin A. Rahman - AJK

4. Tuan Haji Mohd @ Ab Razak bin Jusoh - AJK

5. Encik Ahmad Fathi bin Mokhtar - AJK

6. Puan zawiah binti Hashim - AJK

7. Encik Razali bin Mohamad - AJK

8. Encik Abdul Rahim bin Ramli - AJK

Turut hadir ialah

1. Puan Faidahnam binti Busu

2. Encik Md Nor b Yahya

3. Encik Zakaria bin Mohamad

4. Puan Zaleha binti Mamat

5. Puan Hayti binti Ismail

6. Puan Norhidayah binti Ibrahim

Firqah Akhlak Johan Kuiz Maulidur Rasul 1433H

KUALA TERENGGANU, 15 Feb : Syabas diucapkan kepada Firqah Akhlak kerana ditabalkan Johan Kuiz sempena Maulidur Rasul 1433H yang diadakan di dewan Asyatibi mulai 9 malam.

Semua pelajar serta beberapa guru telah menghadiri program ini. Pengarah program, Ustaz Wan Ubaidilah bin Wan Nawi turut hadir menyaksikan pertandingan Kuiz yang begitu sengit sekali.

Berikut adalah keputusan penuh bagi pengumpulan mata setiap firqah.

Johan : Firqah Akhlak

Naib Johan : Firqah Zaamah

Ketiga : Firqah Itqan

Keempat : Firqah Istiqamah

Kelima : Firqah Taqwa

Keenam : Firqah Mahabbah

Gambar seterusnya klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.