Akan berlangsung Ceramah Maulidurrasul bertajuk “Cinta Rasul: Satu Pembohongan?” pada malam ini yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hasif b. Kamal kepada warga sekolah.
Ceramah ini membawa para peserta untuk menghayati makna sebenar cinta kepada Rasulullah SAW serta menilai sejauh mana kecintaan tersebut diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan meneladani akhlak, sunnah dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai bukti kecintaan yang sebenar.
Diharapkan pengisian ini dapat menyemarakkan lagi rasa cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seterusnya mendorong seluruh warga sekolah untuk mengamalkan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik.”

