
Telah berlangsung Majlis Seindah Kenangan & Seluhur Budi 2026 bertempat di Dewan As Syatibi sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada warga sekolah yang telah menabur bakti serta memberikan khidmat sepanjang berada di sekolah. Majlis ini diadakan bagi meraikan dua orang warga sekolah yang bertukar tempat bertugas, iaitu Puan Faridah Noor binti Che Ali, Penyelia Asrama, dan Puan Norhayati Mustafa, Guru Bahasa Arab, di samping meraikan persaraan Puan Rosimah Nt Said, Pembantu Penyediaan Makanan.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh bermakna dan menyentuh hati, sebagai penghargaan atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan. Kehadiran warga sekolah turut menyerlahkan semangat kekeluargaan dan ukhwah yang terjalin erat sepanjang perkhidmatan mereka.
Sesungguhnya, setiap jasa dan pengorbanan yang dicurahkan akan terus dikenang dan menjadi sebahagian daripada sejarah serta kenangan indah warga sekolah. Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Faridah Noor binti Che Ali, Puan Norhayati Mustafa dan Puan Rosimah Nt Said atas segala bakti yang telah diberikan. Semoga terus dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta sentiasa dilimpahi keberkatan di mana jua berada. Selamat maju jaya dan selamat bersara. Jasa dan budi akan sentiasa dikenang.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.