
Program Quranic Legacy yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 2 sebagai satu usaha Unit Al-Quran sekolah untuk memperkukuh hubungan peserta dengan Al-Quran serta menyemai kecintaan terhadap kitab suci ini dalam kehidupan seharian. Program ini diadakan di Maecon D’River Kg. Beladau Selat bermula pada jam 7.00 pagi sehingga 6.30 petang.
Program ini memberi penekanan kepada penghayatan, pemahaman dan pengamalan Al-Quran sebagai panduan utama dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Diharapkan pelaksanaan program ini dapat meninggalkan legasi kecemerlangan Al-Quran dalam diri setiap peserta, seterusnya melahirkan generasi yang bukan sahaja mampu menghafaz dan memahami Al-Quran, malah menghayati serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.
Al-Quran sebagai panduan, generasi pewaris sebagai legasi.
