
Program ini dirangka khusus untuk pelajar Tingkatan 1 bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan mencabar kepada para peserta.
Sepanjang program berlangsung, para peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti yang menggalakkan penglibatan aktif, komunikasi, kerjasama berpasukan serta pembinaan keyakinan diri. Aktiviti yang dijalankan turut memberi ruang kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri dalam suasana pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan.
Diharapkan ELL Conquer Camp dapat memberikan pengalaman bermakna kepada semua peserta serta menjadi platform dalam membentuk pelajar yang lebih yakin, berdaya saing dan berani menyahut setiap cabaran.
