
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu atas kejayaan membanggakan dalam Program Malaysia Techlympics 2026 Zon Pantai Timur.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, kreativiti, semangat inovasi serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi, di samping menyuntik semangat kepada seluruh warga Imtiaz untuk terus berani mencabar diri dan mengembangkan potensi ke tahap yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya serta guru-guru pembimbing atas komitmen dan dedikasi yang diberikan!

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
