
Majlis Hi-Tea Tingkatan 3 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 18 November 2026 (Rabu), bertempat di Primula Beach Resort.
Program yang bermula pada jam 3.00 petang ini telah menghimpunkan semua pelajar Tingkatan 3 bersama para guru dan warden asrama dalam suasana santai, ceria dan penuh kemesraan. Penganjuran majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, menyemai semangat kebersamaan serta menghargai hubungan silaturahim antara pelajar, guru dan warga asrama.
Pelbagai kenangan manis telah tercipta sepanjang majlis berlangsung, sekali gus menjadikan pertemuan ini satu pengalaman yang bermakna buat semua yang hadir. Semoga ikatan persaudaraan dan kekeluargaan yang terjalin terus utuh serta menjadi kenangan indah dalam lipatan memori warga IKT. Bersama mencipta kenangan, mengeratkan ukhuwah dan meraikan kebersamaan! ๐
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.